Selasa, 9 Oktober 2007

Sudah punya blog sendiri

Assalamulaikum pembuka bicara,

Soyadiy.com telah mempunyai blog dan forum sendiri. Ini untuk memudahkan lagi pelawat dan pembeli berhubung dengan saya dengan akrab lagik (kalau pempuan banyak lagi lebih :p) .

http://www.soyadiy.com/blog

http://www.soyadiy.com/forum

Saya juga sudah punya blog sendiri

http://www.muhdmuaz.com

Blog ini bukan pasal internet marketing, internet biz, money, tapi lebih kepada jalan hidup seorang remaja-dewasa . Tidak terlalu serius dan tidak main-main.

Nanti ku update yerk blog itu.

Byerk

Sabtu, 6 Oktober 2007

SoyaDIY Update And Upgrade

Salam sejahtera

soyadiy.com sedang dikemaskini dan dinaik taraf. Jika anda mengalami sebarang masalah sila hubungi saya di muaz2u[@]yahoo.com .

Khamis, 27 September 2007

Announcement

Saya akan berada di KL untuk 2 minggu dan jarang dapat connect internet. Untuk pembeli ebook sila harap anda bersabar. tq

Untuk bantuan sila hubungi http://www.soyadiy.com/helpdesk/

tq

Jumaat, 7 September 2007

SoyaDIY.Com kini dilancarkan!

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,



Jika anda sedang atau pernah membuat tau fu fah pastinya anda menghadapi masalah yang berikut :

  • Air soya selalu hangus

  • Tau fu fah selalu berair.

  • Tau fu fah tidak jadi.

  • Tau fu fah kasar.

  • Tau fu fah hancur!

Kini anda tidak perlu hadapi semua ini !




Memperkenalkan

"Rahsia Tau Fu Fah Terbongkar"

Anda akan diajar :
  • Cara-cara membuat tau fu fah
  • Cara-cara membuat air soya
  • Rahsia, petua , tips mengelak dari hangus, berair.
  • Rahsia membuat tau fu fah licin

    Mahu tahu lebih lanjut ? sila klik disini

Isnin, 27 Ogos 2007

Test dulu

Teringat lagi masa meniaga pasar ramadan beberapa tahun dahulu. Masa tu kami tak jual air soya lagi, masa tu jual nasi tomato. Ada ler satu orang nih lalu dan nampak berminat, dia test pegang-pegang dulu ayam tomato dalam bekas. Mula-mula pilih kepak pastu dia cakap nak "nak ni lah" bukan kepak yang dipilih tapi lain.

Semua lebih
Pastu masa meniaga kat pasar malam rabu. Satu india datang semuanya nak lebih , air nak lebih , gula nak lebih, ais jer kurang :P. Tapi nak 50cent air soya , tak aci langsung. Bapak saya cam biasa , masuk kan air soya dalam plastik dan masukkan gula cuma nya air soya kurang . Dah india tu cakap terlalu manis ! Ha ha ha.

Ahad, 26 Ogos 2007

"Jer" yang bukan "jer" biasa

"Biz kak ani kat xxxxx tu teruklah , skang nih dapat RM400 jer satu malam, biasanya dapat RM500 " Ujar Kak Ani , mak saya tanya lak "kat sini selalu dapat baper ?" kak ani jawab "Kat sini RM600 jer" . (satu malam)

Nah ko , niaga pasar malam jer tapi duit ? ha ha ha besh tak? orang kerajaaan mana tau kami meniaga dapat duit camana? (jangan bagi tau orang lain)

K kengkawan, komen ler pasal jer nih.

Khamis, 2 Ogos 2007

Internet connection bermasalah , Update

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya tidak dapat update blog ini kerana masalah tiang sambungan internet tak der kat rumah baru saya (saya baru pindah ke rumah baru, penghuni pertama tinggal kat lot tu) , so saya kena pergi cc tiap-tiap hari untuk watt kerja-kerja web saya.

Ok ini tips ringkas dari saya.
-----------------------------------------
7 Langkah Memulakan Perniagaan Pasar Malam

1. Kaji produk yang mendapat permintaan , antaranya makanan dan minuman, pakaian, vcd dvd, ubatan . Cuba pergi ke pasar malam dan perhatikan produk yang mendapat permintaan.

2. Kemudian cari produk yang mudah didapati , murah dan diguna oleh semua orang. Kalau makanan cari makanan yang dimakan oleh ketiga-tiga bangsa. Cari yang kurang persaingan

3. Kaji dan cari dimana hendak mendapatkan bekalan mentah.

4. Be unique and interest . Jadikan produk anda unik dan menarik contoh jiran sebelah saya jual laksa berkeropok.

5. Belajar dan ambil tahu apa-apa berkaitan barang yang hendak dijual. Mahirkan diri dari pelbagai aspek. Belajar, belajar dan terus belajar . Never stop

6. Beli peralatan yang diperlukan, contoh payung, meja lipat, ply wood, alas plastic, bangku dan sebagainya. Jika tiada kemampuan gunakan apa yang ada, tidak semestinya baru .

7. Buat sungguh-sungguh , insyaallah dalam masa 6 bulan akan nampak hasil . Beri peluang kepada diri sendiri untuk berjaya.

Next saya akan huraikannya secara terperinci , insyaallah minggu depan.

Ok saya minta diri dulu. sekian

Muhammad Muaz
CEO SoyaDIY.Com