Khamis, 2 Ogos 2007

Internet connection bermasalah , Update

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya tidak dapat update blog ini kerana masalah tiang sambungan internet tak der kat rumah baru saya (saya baru pindah ke rumah baru, penghuni pertama tinggal kat lot tu) , so saya kena pergi cc tiap-tiap hari untuk watt kerja-kerja web saya.

Ok ini tips ringkas dari saya.
-----------------------------------------
7 Langkah Memulakan Perniagaan Pasar Malam

1. Kaji produk yang mendapat permintaan , antaranya makanan dan minuman, pakaian, vcd dvd, ubatan . Cuba pergi ke pasar malam dan perhatikan produk yang mendapat permintaan.

2. Kemudian cari produk yang mudah didapati , murah dan diguna oleh semua orang. Kalau makanan cari makanan yang dimakan oleh ketiga-tiga bangsa. Cari yang kurang persaingan

3. Kaji dan cari dimana hendak mendapatkan bekalan mentah.

4. Be unique and interest . Jadikan produk anda unik dan menarik contoh jiran sebelah saya jual laksa berkeropok.

5. Belajar dan ambil tahu apa-apa berkaitan barang yang hendak dijual. Mahirkan diri dari pelbagai aspek. Belajar, belajar dan terus belajar . Never stop

6. Beli peralatan yang diperlukan, contoh payung, meja lipat, ply wood, alas plastic, bangku dan sebagainya. Jika tiada kemampuan gunakan apa yang ada, tidak semestinya baru .

7. Buat sungguh-sungguh , insyaallah dalam masa 6 bulan akan nampak hasil . Beri peluang kepada diri sendiri untuk berjaya.

Next saya akan huraikannya secara terperinci , insyaallah minggu depan.

Ok saya minta diri dulu. sekian

Muhammad Muaz
CEO SoyaDIY.Com

Tiada ulasan: