Assalamualaikum,
Ceritanya bermula begini .......................
Kurang lebih 10 tahun lalu Mr X seorang peniaga kecil-kecilan . Beliau berniaga sehingga di stadium bola (jual apa saya tidak pasti) , kemudian beliau mengambil diploma di sebuah U tempatan , ketika perniagaan makanannya mula meningkat beliau berhenti dan memberi tumpuan pada perniagaan restoran secara sepenuh masa , dibantu oleh isteri dan anak-anak.
Isterinya buat kuih , dalam quantiti yang banyak, mencapai 4 k biji kuih, dijual di 3 tempat yang berasingan , di jaga oleh anak-anaknya. Dari gerai usang didepan rumah , kini beliau mampu tersenyum apabila dapat menyewa sebuah bangunan dan perniagaan beliau beroperasi 24 jam . Beliau kini tersenyum lebar kerana hasil titik peluh dan usaha selama ini membuahkan hasil. Jualan sehari restorannya mencapai RM5k .
Beliau begitu berbeza dari dahulu. Jika dahulu beliau hanya tinggal di rumah usang dan memiliki van yang uzur, kini beliau memiliki 1 rumah banglo beharga setengah juta ringgit dan 2 biji kereta .
Beliau ada cuba untuk membuka cawangan tetapi gagal, kira-kira RM15k di belanjakan untuk mengubah suai bangunan, wang itu lebur begitu sahaja.
Setelah beberapa tahun hidup mewah, beliau kesempitan, beliau memerlekan wang sekurang-kurang RM10k sebulan untuk bayar hutang rumah, kereta dan lain-lain.
Hampir 8 bulan berlalu, Mr X telah menghilangkan diri bersama keluarga nya sekali, tiada siapa yang tahu melainkan Allah .
Anda hendak tahu dimana Mr X? saya sendiri pun tidak tahu,
Next saya akan buat bedah siasat kenapa beliau gagal sehingga menghilangkan diri.
Sabtu, 23 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
carik ye...
nak tau gak samada masih gagal atau telah bangkit kembali.. harap2 beliau bangkit..
Tiada berita terbaru . Next post saya akan dedah faktor kegagalan beliau. Semoga kita semua dapat ambil pengajaran.
suspennyer..crite yang menarik,bila nak post sambungannya..
Bedah siasat la cepat2 :)
Catat Ulasan